Thursday, December 06, 2007

Selangkah Ke Hadapan

Sekali lagi kita mula melangkah. Sama ada sedar atau tidak, masih duduk atau masih melepak, kita tetap mlangkah. Maksud melangkah nie bukan terhad pada kaki kite jerr... tpi pada masa...
Masa yang pergi berlalu tanpa menoleh atau menanti kita. We r the one who choose to grab the time or just let it flow without fill it wit something wise.
Pejam celik...kehidupan tetap begitu jika tidak ada kuasa untuk merubahnyer...
Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat jika umat itu tidak mahu berusaha mengubah nasib mereka?
No rite n no wrong... but something for u to notice n think about...(aceh...macam pernah dgr jer ayat tuu... CB kot?)
Good luck for u guys kat luar sana...
Life is short, fill it wit something u cannot regret. Be Urself n if u r muslim...Allah is ur priority...2nd is ur other job. Solat jgn amik ringan...Soalan Bocor dah lama kuar sebelum kita masuk kubur. Tetap soalan 'Marabbuka' akan disoal terlebih dahulu...
So jadikan diri kita bermaruah dalam akhlak. Berjati diri dalam Keredhaan Ilahi bukan Berbangga dengan nama Islam tetapi akhlaknyer Yahudi...Nauzubillah...
Cau babey...

Sunday, October 07, 2007

Gambor Terbesar BB6B

Diri ni menyinggah lagik...



Rasa-rasernyer nie dah masuk tiga ker empat kali den cuba upload gambor bebudak klass tapi seem useless. Tawakal jerk lahh. Kat sebelah nie muka surat pertama..




Nie Muka Ke dua.....












































Nie Muka 3....





Nie Muka 4....

Nie Muka 5...



Muka 6

Muka 7

Muka 8
Muka 9
Muka 10
Muka 11
Muka 12
Muka 13
Muka 14
Muka 15
Muka 16
Muka 17
Muka 18
Muka 19
Muka 20
Muka 21
Muka 22
Muka 23
Muka 24
Muka 25
Semoga lebaran ini membawa sejuta ketaqwaan dalam diri.







Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk semua...

Saturday, July 21, 2007

Antara Buat dan Cakap

Assalamualaikum,

Long time no see. Perhaps everyone is buzy rite!!!. The Word Buzy or Busy is a simple word but in the meantime the word seem very reliable to me. Busy to fix in the new life dictionary of having no word 'Father' in it. Busy to cope the new responsibility to protect n secure the family. Believe me, Its hard.

Kadang-kadang memang senang cakap dari kita buat. Entah bila peranan untuk buat tu tiba dan datang menjengah kita. Walau rajin mana kita buat, yang cakap pasti lebih terdahulu dan yang cakap tu pasti ke garisan penamat dulu.

Mungkin memang takdir cakap lebih bertuah dari yang buat.

Ish, Sekarang ni pegang je prinsip ni. Yang buat tu tetap perlu buat dan jangan hirau yang cakap. Yang cakap hanya tahu cakap tapi tak pernah nak kenal diri yang buat. Yang buat pula harus terus tabah untuk lakukan perkara yang dia ingin buat sebab buat always buat. Tetapi buat jangan lupa untuk berhenti seketika. Kadang-kadang buat kena kaji apa yang cakap cakapkan. Kadang-kadang kata cakap bermakna tapi tak semua. Atas buat untuk tafsir yang -ve atau =ve. Cakap juga jangan lupa berehat dulu sebab jangan pandang pandang rendah pada buat. Pandang dan analisis dulu apa yang buat lakukan. Kadang-kadang buat lebih berjaya dari cakap. Yang pertama menjadi Billionaire daripada cakap. Semuanya sebab buat tahu buat tapi tak tahu cakap je. Jadi plez la. Buat dan Cakap tolong lah berbaik-baik. Yang untung kita semua. Yang rugi orang kita juga. Buat dan Cakap kena kuat dan seimbangkan peranan masing-masing. Bukan hanya ahh buat betul, ahh cakap betul, ahh buat salah, ahh cakappun salah.. X gitue...

Sunday, March 18, 2007

Congratulation....

Hi, Its been so long since last year i'm updating this blog. Sure korang mau tau apa perkembangan selanjutnya tentang diri ini. For the past few month, i manage to go thru many hard core experiences. And Thanks to Allah. Dari perginya Arwah ayah yang tercinta sehingga segala cabaran yang dilalui, semuanya mematangkan diri ini. Betul... semua yang terjadi pada setiap insan di muka bumi ini tak pernah sia-sia. Segala yang telah terjadi, yang bakal terjadi mahupun yang sudah terjadi telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita sebagai Khalifah di bumi sahaja yang bertanggungjawab menjalankan tugas masing-masing sama ada secara jujur atau sebaliknya.

Back 2 the stories... congrats to my cousin Azilah Johari. Wish you to have a very good n prosperity life after u enter the 'alam perkahwinan'. Here r the pict (both of u). They will married soon on 5 May this year and hope will live happily ever after...

Now I am working on printing n publishing company in Jb. Using Mac OS 9 and 10 in my office is the new experience n always challenge me to work twice harder than using PC. Wish me luck k.

Kay laaa, have to go. Eh, I wanna track my friend name Iskandar (The only name that I remember!...hehe...so terokkan me ni!!!). I met him at Motivation Camp in Mersing when I'm was in form two. Hope to get in touch with him again. We use to play helang and anak2 helang in that camp. We the only two person who r in form two, where the rest is abang2 n kakak2. I Remember he like to wear batique casual cloth (like YB one) n we all agree to make him as our leader n call him YB!. So Iskandar... Remember me??? Its Ain from JB.

Kay, got to go....Assalamualaikum

Wednesday, December 13, 2006

13 Dec 2006

11 Dec 2006 - Interview n training process at one factory company

Gosh, I hate to say it. Tired n Mad. Everything in one piece. Tired with the Interview n training session system n mad with their (The Company staffs) bad manners to the new comers like me n my sis.

Training until evening. Ahhh. Ingat nak cuba nasib kerja kat situ. Dulu pernah gak masa cuti2 semester dulu kerja kilang tapi tak lah dapat layanan buruk camni. Ishh, dah lahh kena beratur (tak kisah lagik) panggil nama terjerit2. Last2 kena marah n kena @#$%& yang bukan2. Cit. Nie belum kerja lagik ni. Baru training..... Pastu begang gak kena duduk reramai dekat 150 orang berimpit2 n dilayan macam banduan or even worst to say cam PATI (Pendatang Tanpa Izin).

Petang tu, lepas dapat batch or pass pekerja...we (My sis & me) ingat dah abis diduga lah... Kite kena tunggu lak transport kat nun atas bukit. Tak kisah lagi. Naik bas reramai2. Ok fine x kisah lagik coz dulu2 pernah naik bus awam. Tapi kalau start budak2 lelaki kat dalam bus mula seduce us....hah tu yang pantang... Dah byk sgt kitorg sabar. Dah lah tak sempat solat Asar.... Maghrib pun lepas!!!! tak ke dajal sungguh tuu???

Last2, kepala penin... x sedor bile tido (penat giler), bangun subuh terus mintak petunjuk Allah... N stand to my decision (After discussing with my mom) I'll QUIT!!!!

Dahsyat!!! one of decision yg paling hard to make.

So, today i'll make up my mind n ambil keputusan utk terima tawaran kerja with my best buddies kat Shah Alam. Hope Allah will bless my decision n bring the luck through my whole life. Along & Ikin, wait for me to come to Shah Alam. Tq for been there 4 me always.

Wasallam.

Al-Kisah...

Antara Manusia, Malaikat & Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Hah?? Dah tentu kat syurga ada Malaikat jer n Neraka ada terang2 Syaitan kena bakar... pikir leee.... Jadi nak ikut nasihat Malaikat atau Syaitan???

Tuesday, April 04, 2006

Warkah buat Faiqish...

Warkah buat Faiqish 1

Faiqish,

Untuk sekian kalinya permukaan siber ini ku coret ringan. Meluahkan apa yang terbuku di hati, menyentap keluar segala yang tersemat kukuh di hati.

Faiqish,

Hidup ini sementarakan? Jadi mengapa kita mensia-siakannya? Memenuhi segenap kehidupan dengan kepura-puraan... Mengisi kehidupan dengan memuaskan hati sendiri tanpa sedari kita telah melukakan hati orang lain...

Faiqish,

Sejak dahulu, bonda kita telah mengajar kita untuk memaafkan orang lain. Ayahanda kita pula memesan berkali-kali agar kita berbaik dengan orang lain. Buat baik dibalas baik. Buat jahat sebaliknya. Dan pesanan itu telah tersimpan rapi dipoket hatiku. Sehingga kini dan mungkin sehingga nyawaku diambil Tuhan yang Esa.

Tetapi Faiqish,

Manusia masih zalim, Faiqish. Mereka mencanang hebat tentang prinsip-prinsip kemanusiaan tetapi mereka sendiri yang menconteng prinsip-prinsip itu dengan tangan-tangan mereka sendiri. Dan aku....aku juga manusia. Mungkin melanggar segala prinsip itu jua.

Faiqish,

Pernahkah dikau merasai diri tidak dihargai? Merasai kehadiranmu itu cumalah sekadar pelengkap. Merasai dirimu hanya dihargai di waktu-waktu tertentu. Dihargai diwaktu-waktu memerlukan dan ditinggalkan sewaktu tidak diperlukan. Hanya kerana kebolehan dan kemahiran yang ada padaku...aku diterima. Dipergunakan secukupnya kerana menyedari sikapku yang tidak kisah dengan segalanya?

Bukan apa...segalanya tampak pelik bin ajaib. Mengapa di saat mereka bersuka ria, meraikan sesuatu kejayaan atau kemahsyuran....aku diketepikan. Walhal kita sama-sama berkerja di bawah satu kelompok yang sama. Walhal baru semalam aku bersama-sama mereka...terpacak dibawah terik mentari bersama-sama juraian peluh yang menjadi saksi. Dan apa yang menjadi persoalan....saat mereka bergelak ketawa....saat aku patut bergelak ketawa bersama.....aku....tiada....

Malah menyedihkan.....tiada kata-kata jemputan dan tiada langsung pelawaan yang dibuat kepadaku. Ditolak bulat-bulat. Dan mereka langsung meraikannya tanpa ku. Tanpa kehadiranku...tanpa sekelumit bersalah...mereka terus meraikannya...dan meraikannya.....

Dan aku terus tersisih dan merasai tidak diperlukan hanya kerana prinsip keagamaan yang kuat di dalam diri ini. Tidak diundang hanya kerana merasai diriku ini tidak berhak berada disebalik kejayaan mereka itu!!! Menggunakan kilah yang tidak seberapa sebagai alasan tidak mahu aku menyertai??? Alasan yang kadang-kala boleh ditolak dan dibungkus jika ego masing-masing diketepikan!!! Ahh, mungkin alasan bahawa aku tinggal di dalam ***. Menyusahkan mereka... terpaksa menghantar aku pergi dan pulang di saat-saat mereka mengecapi kegembiraan? Atau mungkin kerana malu. Yaa, malu mempunyai teman yang bertudung dan tidak open minded. Tidak berhak berada di sisi mereka-mereka yang ala-ala ‘high standard’.

Dan Faiqish,

Apa yang paling pelik bin ajaib.....ialah ketika segalanya menemui noktah akhir, disaat segala kejayaan itu telah dirai, mereka seakan sedar bahawa tugas mereka masih belum selesai. Tugasan yang mereka-mereka sendiri tidak mampu untuk menghabiskan. Tugasan yang mereka rasai terlalu berat dan membebankan buat mereka.

Dan langsung dikala itu, mereka teringat akan diriku ini. Insan yang mampu mereka perdaya dan perguna. Insan yang akan menyiapkan segalanya tanpa sekelumit ungkitan. Insan yang pasti menyelamatkan mereka di saat akhir-akhirnya. Insan yang tadinya tidak diundang...malah tidak tersenarai di dalam senarai nama-nama wajib mereka.

Saat itu Faiqish,

Maka, bermulalah episod menyusun kata-kata mulia dan penuh hormat untuk memikatku. Bermulalah episod memuji dan melobiku sebelum tugasan itu diserahkan kepadaku. Ya Tuhan....mengapa aku??? Mengapa mereka berbuat begitu kepada ku??? Atas dasar apa yang mereka sandarkan itu?

Duhai Faiqish,

Jauh benar nampaknya menungku. Melihat kelakuan-kelakuan manusia yang berada disekelilingku. Merenung segala bentuk kekejaman yang sedang mereka lakukan pada hatiku ini. Segalanya memualkan, segalanya menyakitkan dan memedihkan untaian hati. Mungkin kerana sifatku yang terlalu mudah memaafkan dan melupakan ini digunakan mereka tanpa segan silu. Mempergunakanku tanpa mengetahui bahawa aku juga manusia seperti mereka. Yang punya perasaan, yang punya jiwa bergelora.

Faiqish,

Aku tidak akan mengalah. Biar aku ditindas dalam kemuliaan yang dibuat-buat oleh mereka, biar aku diperguna dalam kemuliaan yang dicipta mereka.... aku tetap aku. Padaku, Tuhan sentiasa disisiku. Aku tidak gentar. Sedikitpun tidak gentar. Kerna aku adalah aku. Aku mempunyai kemahiran dan penguasaan yang baik dalam apa yang aku pelajari dan harungi. Aku mampu membuat teman-teman kolejku ketawa. Aku mampu dihargai mereka. Aku ada apa yang mereka tiada... keimanan dan believe in God.

Duhai Faiqish,

Apa yang dikau saksikan dikala aku disisi mereka-mereka itu, bukanlah diriku yang sebenar. Aku memiliki ciri-ciri kebebasan yang nyata di saat aku bukan disisi mereka. Kekuatan, keteguhan dan ketabahan yang disuntik di dalam jiwaku saat aku menadah tangan kepada Ilahi...memberikanku seribu kecekalan.

Biarkan Faiqish,

Biarkan mereka melakukan semua itu kepadaku. Biarkan manusia-manusia yang menganggap hidup mereka yang berprinsip itu menindas dan mempergunakanku. Kerna aku tahu, selepas ini mereka pasti goyah dalam mengharungi kehidupan sebenar di luar sana. Goyah dan rapuh dalam segalanya.

Entahlah Faiqish,

Aku masih tidak pandai dalam meluahkan apa yang tersurat di hati ini kepada mu. Jelas di sini aku masih sukar dan tidak mempunyai keberanian dalam mengungkapkan apa yang ada di hati ini.

Mungkin Tuhan sahaja yang mengetahui... mengenaliku dan menjadi Sahabat paling dekat denganku. Ahh Faiqish, bukan aku mahu membelakangkanmu tetapi itulah diriku. Diriku yang sebenar...

Dan mungkin aku hanya memperbesar-besarkan perkara yang remeh ini. Memperbesarkan sesuatu yang kecil malah tidak patut dipersoal. Ya, mungkin aku tidak perlu rasa tersisih. Perlu untuk menebalkan jiwa ini. Menerima segala apa yang diperlakukan mereka kepadaku. Ku memohon sejuta kemaafan andai sekiranya ada yang terasa, merasai sesuatu atas coretan ini. Kerana aku jua manusia... mengharapkan pernghargaan, mengharapkan kehadiran ini dirasai....dan tidak lebih dari itu....

Buatmu Faiqish,

Jangan sesekali dikau kecewa denganku, jangan sesekali berputus asa denganku. Teruskan doamu padaku. Teruskan kepercayaanmu padaku. Sentiasalah berada disebalik dukaku. Disebalik resahku...penemanku saat air mata ini jatuh menyembah bumi....