Thursday, February 23, 2006

Himpunan Kisah Lucu....

Kisah Pertama:

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata,
"Kak... boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...!!"

Kisah Kedua:

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

Kisah Ketiga:

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe. Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson.
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei.
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh.."Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"Jin tu pun kelipkan mata, bling....Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Kisah Keempat:

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rom an bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."

Kisah Kelima:

PEKAK
Ada seorang lelaki berjumpa dengan seorang doktor.Dia mengadu kepada doktor itu yang dia tidak dapat mendengar dengan jelas. Selepas mengambil ubat dia pun pulang ke rumahnya. Sewaktu dia tiba di rumah, dia mendapati isterinya sedang memasak. Lalu dia pun ke dapur.
Suami:awak masak apa hari ini? Isterinya tidak menjawab dia bertanya sekali lagi.
Suami:awak masak apa hari ini? Isterinya masih lagi mendiamkan diri, lalu dia pun mendekati isteri nya dan bertanya sekali lagi.
Suami:apa yang awak masak hari ini?
Isteri:Ya allah ya tuhan ku,kenapa abang nie? dah tiga kali saya jawab. Sambal tumis udang . Abangnie memang pekak. lelaki itu berjumpa dengan doktor sekali lagi sambil membawa ubat yg di beri doktor tersebut sambil berkata"doktor saya nak bagi balik lah ubat nie". Doktor itu hairan lantas bertanya"kenapa awak dah dapat dengar dengan jelas ke?". Lelaki itu menggelengkan kepala sambil berkata"saya dah pekak terus".

Kisah Keenam:

Nyanyok
Di sebuah rumah orang2 tua, ada 3 orang nenek yng nyanyok. Pada suatu hari mereka bercerita tentang kenyanyukan diri sendiri. Nenek pertama berkata "Selepas aku makan aku tak tau yang aku sudah habis makan ke belum". Nenek kedua pula berkata"Bila aku naik tangga aku tak tau yang aku sudah turun atau naik". Nenek ketiga ketawa berdekah-dekah sambil mengetuk-ngetuk meja, tiba-tiba dia berhenti mengetuk-ngetuk meja.."Kamu berdua tau tak sape yang ketuk pintu tu?"

Kisah Ke-7:

Entah ape-ape ntah.
Ada tiga orang sahabat yang bernama Gaduh,Gila & Otak. Pada satu petang mereka berjalan-jalan di bandar. Sedang mereka berjalan-jalan, Gaduh pun hilang. Gila pun pergi ke pondok polis berhampiran sementara Otak menunggu di bandar. Setibanya di balai polis....
Polis:Ye cik,boleh saya bantu?
Gila:Saya nak cari Gaduh.
Polis:Apa!!! Awak ni gila ke?
Gila:Ye.Memang saya Gila.
Polis:Awak tak ada otak ke?
Gila:Otak tak de ngan saya.Dia ada kat bandar.
Polis:?????????

Kisah Ke-8:

Dr sAkIt jiwA
Pada suatu hari seorang doktor ingin menguji 3 orang pesakitnya yang didapati menghidap sakit mental. Doktor itu kemudiannya membawa ketiga-tiga pesakit itu ke sebuah kolam renang yang kering (tiada air). Kemudian doktor itu menyuruh pesakit pertama terjun ke dalam kolam renang itu. Pesakit pertama itu pun terjun kedalam kolam renang itu. Doktor menggelengkan kepala tanda pesakit itu masih belum siuman. Tiba pula giliran pesakit kedua. pesakit itu pun terjun kedalam kolam renang itu apabila diarahkan. Sekali lagi doktor menggelengkan kepalanya tanda masih belum siuman. Kemudian tiba giliran pesakit ketiga. Apabila disuruh terjun, dia hanya mencangkung ditepi kolam renang itu. Doktor gembira kerana menyangka bahawa pesakit ketiga itu sudah pulih. Kemudian doktor bertanya
Doktor : kenapa awak tak terjun...?
Pesakit 3 : Tak nak lah doktor
Doktor : Kenapa???Pesakit 3 : Pasal air die sejuk sangat kot,tengok kawan2 saya tue semua berkerut dahi pasal air die sejuk sangat kot.
Kemudiannya doktor itu kemudiannya menepuk dahinya sendiri kerana pesakit ketiga itu juga masih tidak siuman.

Kisah ke-9:

Pengemis
Pada suatu petang .....sedang tuan kamal memandu kereta melalui sebuah taman. Dia ternampak 2 orang lelaki meragut rumput..lalu dia pun keluar dari keretanya untuk pergi kat dua orang lelaki itu...
Tuan kamal:kenapa kamu makan rumput disini
Lelaki 1&2: kami miskin
Tuan kamal:kesian ..jom ikut saya balik..
Lelaki 1:tapi tuan saya ada isteri dan 3 orang anak ..boleh saya membawanya sekali.
Tuan kamal:lagi bagus ..
Lelaki 2:saya pun ingin membawa isteri dan 5 orang anak saya yang sedang kelaparan di rumah
Tuan kamal:bawalah mereka semua ... dalam perjalanan ke rumah tuan kamal...
Lelaki 2:baik sungguh hati tuan..hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas nya
Tuan kamal:tak perlu berterima kasih lagipun dah lama saya tak memotong rumput kat rumah saya..
Lelaki 1&2& keluarga:bengang

Kisah ke-10:

Kalau merah jambu?
Suatu hari di hostel....Ana bertanyakan kepada Ani mengenai warna kertas yang selalu digunakan oleh Ani apabila dia menulis surat kepada pakwenya....
Ana:Mengapa kau menulis surat dgn kertas berwarna Hijau Muda?
Ani:Surat warna Hijau Muda itu ertinya 'Aku CintaPadamu'.
Ana:Kalau kertas itu warna kertas Biru Muda ertinya apa?
Ani:Melambangkan suasana pilu
Ana:Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ani:Asmara yang membara.
Ana:Kalau kertasnya warnaPutih?
Ani:Suci, bersih, jujur,dan terbuka...
Ana:Kalau kertasnya Kuning?
Ani:Melambangkan hati yang gersang.
Ana:Kalau Merah Jambu?
Ani:Sedang jatuh cinta.
Ana:Kalau Abu-abu?
Ani:Melambangkan hati yang sedang sendu...
Ana:Kalau kertasnya Hitam?
Ani:Itu Karbon, bodoh....@#*&

Kisah ke-11:

'bikini'
Pada satu hari tu...kami semua baru pindah umah baru. Ader sorang member tu suka sangat ngan umah tu. Ntah camner die punyer excited ngan umah tu sampai cuci umah tu pun die boleh nyanyi lagu hindi.. kami sumer pun menggelengkan kepala kami melihat telatah die. Tengah kitorang syok mencuci lantai ngan sabun 'dolla cantik' member kami yang digunakan untuk basuh baju..ah gasaklah...belsah jer..dah takder sabun..tetiba handphone member kitorang tu pun berbunyi ngan nyaringnyer...pas tu die pun angkat dan terkeluarlah dialek terengganunyer tue..."mu nok tahu dok..umah kami besa..pas tu..yang bes tu hok ade 'bikini'...tu yang bes tu..."kata member kami tu..kami yang mendengarnya pun bertanya arr pada die ape hal die sebut ...tu tadi.die jawab.."aku bagitahu kawang aku yang umoh kite dok ader .."katanya sambil menuding kearah balkoni kami ataupun beranda...kami semua pun apalagi...ketawa tak ingat dunialah...kesian member tu..tersengih-sengih cam kerang busuk..kitorang pun kasi tahulah kat die salah tu..bukan 'bikini' tapi balkoni..."iyer ker.."sahutnya..Masyallah...sapai hari nie kami ketawa biler die sebut balkoni...Kui...kui..kui.........

Kisah ke-12:

Ujian darah
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.
Shan - Kenapa awak menangis ?
Farid - Saya datang untuk ujian darah.
Shan - Habis tu kenapa menangis pulak. Awak takut ke... ?
Farid - Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya. Mendengar penjelasan Farid, tiba-tiba Shan menagis...
Farid - Eh, kenapa awak menangis pulak ?
Shan - Saya datang untuk ujian air kencing.....

Kisah ke-13:

Aku pekerja baru Amir dan Aman adalah dua kawan baik dan peniaga kaya yang gemar mempersendakan pembantu peribadi masing-masing kerana lurus bendul..
Amir :Kau nak tengok,betapa bodohnya pembantu baru aku ni.(Pembantu Amir dipanggil )Amir : Nah ambil RM 50 ini dan bawakan saya kereta mercedes benzzz.
Pembantu :Baik tuan ......
Amir : bodoh betul pembantu aku tu .Rm 50 mana cukup nak beli mecedes benzzz .
Aman : Pembantu aku lagi bodoh .kau tengok hah!!(pembantu Aman dipanggil )
Aman : saya hendak awak balik kerumah saya dan lihat sama ada saya ada dirumah atau tidak (dalam perjalanan , kedua² pembantu itu bertemu dan membincangkan masalah masing²).
Pembantu Amir : Bos aku memang bodoh . Ada ka dia suruh aku beli kereta mecedes benzzzzz . hari ni hari ahad, mana ada kedai kereta dibuka .
Pembantu Aman : Bos aku lagi biul. dia suruh aku pergi ke rumah dia untuk lihat sama ada dia ada dirumah atau tidak. Bukan kah dia ada telefon bimbit. Telefon sajalah lagi senanggg...kan mudahhhh...
Pembantu Amir : wakakakakaka..bos kita memang bodohhhhh bin biullll

Kisah ke -14:

Duit dulu!!!!
Ada seorang pemadu texsi. Bertanya kepada penumpangnya. kemana dia hendak pergi.
Pemandu texsi:Pak cik hendak kemana?
Penumpang:pakcik hendak ke bukit senyum...anak boleh hantar pakcik kesana ke?
Pemandu texsi:Bolehhh..Tapi pakcik kena bayar duit dulu.
Penumpang: Apa!! duit dulu.pakcik tak ada duit dulu.tapiii duit sekarang ada lah...pemandu texsi :#%@%!*(&*^&^

Kisah ke-15:

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatuhari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua bijimata and membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk PakIman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok PakIman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 ygbetul-betul beriman...

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakanALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak katapun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...

Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Quran

Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia

Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau friend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukupmasa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak?? tu kan realiti.. tapi yg paling lawaksekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka artikel ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????wallahuaallam

Hantu-hantu yang wajib anda kenali...

Berikut adalah kenyataan-mengenai hantu-hantu yang wajib kita kenali... nak tau... meh baca...

1. Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom
Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja.... samala macam korangggg!!!! hehehe.....

Hidup - 3 hari 2 Nafas.....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI JERK....

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua> kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.


:: Life Is Short..Don't Look Behind ::

Wednesday, February 22, 2006

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an

First sekali kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yangberlubang, kene laa tampal. Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen, 40 sen dan the next year mendadak naik 50 sen...pulak tue wajib beli lak...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning. Pukul tapak tangan...kan? Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Ni for those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. For those yang kat tengah2 bandar JB, lepas sekolah mesti lepak kat Komtar or paling klass Kotaraya area Memory lane. Ada plak yang tersadai tunggu awek or pakwe zaman cinta2 monyet kat P.O (Post Office). Yang dari Convent, SIGS, EC, SDJ, SETA, Yahya Awal and all kinds of school bleh jupe kat depan MBJB tue. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka s tebal laaa...internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', ting-ting, 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 colortu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa. hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown ' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone.

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk forward or bacakan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!Teringat zaman2 dulu kan?Cheers to the 80s babies!!!

Friday, February 17, 2006

Step for Haniez...

Plez refer to ur emel coz i given u already the step on changing ur blog template.....

Good luck, my sister...

Thursday, February 16, 2006

Bukak Friendster

Ari ni leh rasmi baru update friendster. Agak lama since 2005. Ada lah dalam 7 month. Gosh, i manage to trace my old buddies back. isnt that fantastic??? Hi khansa', are, kak emma n the rest. welcome to my blog. send ur comment in word kat bawah yang tulis 0 comment tuu. Click it n post ur comment. So how's my blog????

Kay, got to go.....

Friday, February 10, 2006

Ari yang Malas....

For the first time ever, i feel very lazy. Dah lah pagi tadi lambat bangun....kul 9 lebih baru terjaga!!! Berturut sampai kelas Dr. Bahar tak dapat pergi. Ingat Nak ke Library dengan Ikin lepas frustuck (sarapan in German) tapi tak jadi lagi. Plan gie petang plak. Ehh..ehh tengok2 bila dah siap....hujan turun menderu...Nape ek???

Tuhan tak bagi kitorang datang library kot??? Mesti ada sebab. Ikin plak lambat bangun tapi sempat gak gie klass coz dia bangun 7.50am. Sian dia...dah lah kena gie klass nak anta assignment, tup-tup sampai klass...klas batal...ade ke patut??? Dah sampai kolej...Dah siap frustuck ngan eden...tetiba kawan sekelas dia kata ada meeting ngan bebudak junior...parah...nak kena ke fakulti lagi lak jawabnya ikin. Tak cukup parah bile dia dah sampai kat DKA, meeting tadi ada lee 5 orang yang datang...pas tuu terus batal meeting tu. Nak briefing apenya klu ada 5 orang junior jerk!!! Maka si Ikin balik lah semula ke kolej bertemu eden...Ish3, buat Naye orang jerk...

Alhamdulillah, menjelang petang...hujan dah reda...beransurlah eden dan ikin ke library dengan jayanya me'renew' buku2 kami..

PS:Pada Kak Ena n the whole group of Journalism yang pergi Pangkor tuu...Selamat pergi dan selamat balik. Pastikan bawak air laut Pangkor dalam satu botol...lengkap dengan pasir, batu karang or small fish in that bottle kay. Wish u all having a great vacation.

Tuk Broadcast group...Bile kite nak buat trip??? Kite dah nak grade...Plan lah...Before or after exam....