Friday, August 26, 2005

Fare Well....

Semalam last day org kat *104. berat ati nak tinggal koz bebudak kat sini n org2 kat sini best2 belaka. byk gak gift yang org dapat. bukan ape...org bukan mtk adiah....tapi doa yang berterusan.

at least last two day sebelum org blahh...sempar gakbagi ilmu kat DJ Emr...to abg Emr...welcome as bloggermate....ilmu takkan abis sampai di sini. org akan tetap blaja2 n blajar...

tuk pearl, thanx for everything....

tuk manjalara....kekalkan keayuan sebagai seorag muslimah.

tuk puspa wangi.....luv u soooooo much..... ite akap elat agik ek......hope awk akn erus best n cun...

tuk k.iena, thanx for being there for me....ur laugh n smile will be always in my memories..

tuk mamagee....stay cool....pakai wardina tu lelok...

tuk k.yani...nice knowing u....susah nak dapat kawan cam u....sempoi...

n tuk all yg berjasa kat org di *104...

Assalamualaikum....

Monday, August 22, 2005

Seminggu or less than that???



Rase cam tak pecaya org dah nak abis kat *104 ni.. kenangan yang best...pahit, maung... sema dah telan n rase2nye dah sebati kot kat diri. skrg tak saba nak naik S.Alam...nak jupe kengkawan kat hostel n sekelas. how r u guys??

Apa??? ada yang tak nak balik jumpe kitorg??? Adus...parah...

Tuk my lovely sis kat Melaka...jawab exam tuu kena gile2 n kaw2 nye usaha. don't let us down sis. my brother kat Teluk Mas tuu...kerja lelok kay. Jaga mike2 tuu bebaik.

Utk DJ Fieza a.k.a Manjalara....p Pangkor jgn lupa org kat sini. mai bawak souvenir naa...

Pearl, u r the best i ever had in *104. wishing u a very warm day on your birthday...Hapi Belated day...(Semalam, 21 August). jadi anak yg baik naa....don't forget me n do come n visit me always...(mentang2 satu taman)...

For Mr.Harun, Mr.Jamil n Awang....thanx for everything. ilmu tuu pasti org simpan till the end of my memory....

So, you all pray for me naa...lepas ni harap2 korg bukak buku baru...living in new life...

Monday, August 15, 2005

Streamyx

Agghhh...i wish i got steamyx at home...leh membebel kat situ tampa perlu segan silu...

actually there r something i wanna share with u guys....mat jiwa2 r given me headache laa..he told his love stories again..

Friday, August 12, 2005

Mendung ke Jerebu..

Wah, salam bertemu...

hari ni cuaca kat JB kurang memuaskan tapi IPU okay lagi n ditahap terkawal..so guys...any outing activities??? harap2 kurangkan outing tuu..tengok cuaca kat luar tuu...dah laa gelap cam Tuhan nak bagi signal sesuatu...suruh dok umah ngan family kot??

eh, my sister kat Melaka dah bising pasal this blog...hahaha..obvious noo kee?? she will be at JB this 27th. hope she still the same as i know..so, for my sister..how's ur exam??? relax n smart study naa...bile balik JB plez bwk pulasan tuk akak!! i mean it..i'm ssooo (cam mengidam r) nakkan pulasan..

kalau nak cite pasal rumah..my house blackout yesterday..peh..in 2 years since we moving in..yesterday was horrible..it's started from my fan...mule2 hangit jee..pas two days...all going black..kah3 padan muka kitaorag..but the sad story is...my father..i'm pity for him...he had too find someone from electricityman to check out what is going on to my house...aghhh..u know what?? an TNB man came over n start to check n ceh...they wanna my dad to pay about RM90 / RM100 for replacing the wiring n new electric equipment. ape ni??? my dad daa laa berape ari tak bawak n kayuh teksi tuu coz health problem n they ketuk my dad just like that..how silly!!

Thanx God..my dad don't reallly like the idea on paying them (Kurang Waras ke ape?? Mana nak cari $$$$ tuu..so..mencarilah my dad ke sana ke mari..ikhtiar.. nak finally found his fellow friend kenai masa kat rumah lama (Flat Lumba Kuda) n okay laa...all the plug is damage n we only can use suis lampu n kipas siling jek..tak kisah r...asal leh tido ngan kipas tuu..so the story end up with tido berjemaah kat ruang tamu coz kat bilik sema guna kipas berkaki..

Alhamdulillah...my dad finally jupe one electrikman yang macam Mc Giver (Betul ker ejaan tu??lantok r..janji korang faham) nama dia Haji Leman. Thanx Mr.Leman!! ur job is great..n Thanx to God too...

To u guys out there...jimatkan elektrik naa...skrg government pun tgh jimat belanje elektrik..takkan kite tak leh???

kite jupe lagii n to Awin cayang...along tuu kawan sekelas kite..read ur comment kay!.

tuk puspawangi...love u always...i will miss u bile leave *104 soon. jaga diri lelok naa...don't push too hard..ur soulmat will be on ur side soon n i'm sure will be soon enough...

tuk pearl, kekalkan keayuan n kesopanan diri..u will be a good daughter, friend, sister, girlfriend n lovely wife kay....

Tuesday, August 09, 2005

Satukan Mereka

Dua harinye kes kelmarin uat org penin kepala...

one of my friend..org panggil xera..mau kenal ngan seorg jejaka dari klas org..org panggil mawi coz dia ada sifat-sifat ke'mawian' kat jejaka ni...

si xera ni punye syok kat si mawi ni sampai terpaksa org offer tolong dia satukan dgn mawi.. sudahlahh semalaman org ayat si mawi bagi dia jatuh cintan sama si xera n berhasil...tapi nak jadi cerite...ala-ala longak lak si xera ni....sibuknye pasai...si xera ni dah marah sikit coz si mawi ni dok bagi msg byk sangat...adus...baru kawan dah nak gaduh kaaa..

sebenornye...mawi n xera ni kawan rapat gak...ala2 bile jumpe tuu dah boleh panggil kau n aku lah...tapi si xera ni nak kawan lebih rapat...hah, skarg si mawi dah dapat teka...si xera dah segan lak...takut ilang kawan.

skrg ni org dah penin kepala...dah tolong..jadi cam ni...ai..serik nak offer lagi...

may b kena jadikan pedoman kot...

oh, ye kalu xera baca ni...sori kalu terasa...org nak emel ko yek...buat merapat2kan ko ngan mawi...all d best...

Wednesday, August 03, 2005

Otak Jem...

Buat julung kalinye...org dah mula jem otak nak tulis ape kat dalam blog ni...


bosan...bosan...bosan...gelombang Tsumawi amat kuat sekarang hingga memeningkan kepala. dengan fenomena Mencari Cinta yang ntah keruan tuu.. disambung dgn Joey yang ala-ala kelabu n kelakar bangat tuu di campur tolak dengan cite Tru calling yang masih tak henti-henti nak hentikan Tru tuu n bertambah pening dengan kedatangan cite terbaru Umie, Ako n Ellie tuu..

Peh...serabut kepala...

pikir-pikir leh blur otak...

cam awin yang love to blogging tuu...ish...jeles org...ape dak nye...sedap gak baca blog dia yg sentiasa jujur meluahkan segalanye...tapi org ni...agghhh..

bile nak jadi cam awin ntah r...mungkin tu lainnye org kot...suka isu-isu global n glokal tuk tatapan semua dari kisah org yg korang tak tau pucuk pangkalnye kalu tak ikut dari awal...

hah, skrg dah lega sikit coz dapat lepaskan ape yg terbuku kat ati...

alahai...buatlah comment korang...cipte satu soalan kaw2 kat org ni...bagi org membebel lebih kat blog ni...plez..plez....

kay laa...if u guys miss me a lot...tak lama lagi..kuar gambo org kat *104 ni kay...nantikan je...tapi mintak2 sempat letak gambo sebelum kuar...


rase2nye i'm going to miss this *104 place...

byk kenangan n pengalaman n pengajaran yang sarat da org kumpul. lain kali leh cite..bukan pe...P & C takleh dipublish naa...

kay lah...jupe lagi..babai..

kepada kak nine..gi KL tuu jgn lupa org kat sini...

Kanda tak hilangnye...org nie yg leh hilang bile2 mase...kuang3

babai...ngantuk pulak....

Tuesday, August 02, 2005

Berita Terbaru

Ni yang org dapat dari Utusan, 16 Jun lalu

baik kite kongsi bersama... thanx yaya for the article forward to me ;)


Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya

Oleh ZUARIDA MOHYIN

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.

``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

Sebelum itu, Dr. Fadzilah melancarkan dua album, Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Yang Gemilang dan Langkah Bijak Usahawan Terbilang Bahagian 2. Ia diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.Di dalam album Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Yang Gemilang, beliau menekankan bahawa segala kehebatan dan kecemerlangan telah ada dalam diri, sekadar menanti untuk digerak dan diserlahkan.

Ia memuatkan beberapa tajuk menarik antaranya; masalah dan cabaran pelajar sekolah menengah, rungutan guru terhadap kerenah pelajar, langkah cemerlang menjadi pelajar terbilang dan teknik-teknik efektif mengulangkaji pelajaran.Manakala album kedua yang dilancarkan pagi itu pula diterbitkan setelah bahagian pertama mendapat sambutan menggalakkan.Ia adalah kesinambungan mengenai petua-petua menjadi seorang usahawan yang terbilang.

Ini kerana Dr. Fadzilah menekankan hakikat bahawa usahawan yang cemerlang suka melakukan perkara yang tidak suka dikerjakan oleh usahawan yang gagal.Di samping itu, ia juga mendedahkan beberapa punca kegagalan serta memberi pelbagai tips, rahsia dan petua ke arah melahirkan usahawan terbilang dan menjalankan perniagaan dengan cemerlang.Kedua-dua tajuk ini telah diterbitkan di dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Turut hadir dalam majlis pagi itu ialah Pengarah Urusan Telaga Biru, Ab. Waharp Yusoff. Tetamu turut dihiburkan oleh persembahan empat orang anak muda yang menggelarkan diri mereka kumpulan nasyid RAST.

Bicara Agama, Utusan Malaysia 16/6/2004


Jika difikirkan, segalanya benar belaka...so plez get aware..
Jangan lupa solat naa...jgn jadi golongan tuu...

Monday, August 01, 2005

Renungan..

for today, ada sesuatu yang org nak kongsi. memandangkan org ni jenis yang tak ngethi cite pasal diri sendiri coz rasanye cam biase jee..ari2 cam ni je.. jadi org ambil inisiatif nak kongsi dgn kengkorang sema...

ada empat jenis insan yang ada kat dunia ni

1. insan yang tahu tetapi tidak tahu bahawa dia tahu: dan itulah orang yang lalai dan kerana itu, berilah mereka ini peringatan.

2. insan ini tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia sendiri tidak tahu: inilah orang yang bodoh dan degil...jadi plez jauhkan diri korang dari insan yang jenis cam ni.

3. insan ini tidak tahu tapi tahu bahawa dia tuu memang tak tahu... orang cam ni jenis jahil maka kite kena ajar insan camni.. dari terus hanyut..

4. insan ni jenis yang tahu dan tahu bahawa dirinya tahu: itulah org yang berilmu dan nasihat org...ikutilah mereka ini...insya-Allah kite selamat tapi pastikan yang dia tahu tuu tak bertentang dgn agama kite kay...