Friday, January 06, 2006

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

Kadangkala dalam hidup ini, kita banyak mengeluh. Kurang sana, kurang sini, tak dapat itu, tak dapat ini. But please remind and set on our mind, there is actually things that we miss so much or even take it for granted. Today, I would like to share with u one article I've found this morning.....

Kita tidak pernah perasan atau tidak berfikir langsung yang.....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini yang menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini yang menyayangi anda dalam beberapa cara yang berbeza.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin andatidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakansegala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Tanpa kita sedari, setiap kata-kata yang terucap dari bibir kita merupakan suatu doa. Maka, jangan lupa kawal kata-kata anda dan ucapkan yang baik-baik sahaja.

16. Kemujaraban doa yang dipanjat adalah bergantung dengan sejauh mana keyakinan anda. Mengikut kata-kata Junjungan kita Rasulullah S.A.W, doa adalah senjata setiap mukmin. Jadi jangan sia-siakan.

Setiap insan dalam kehidupan ini sering terlupa dan mudah alpa. Jadikan kehidupan ini lebih bermakna dengan berjaya di dunia dan juga cemerlang di akhirat. Wallahualam.


P/S: Iwan-shu, I've try to open ur blog but the access was denied. Kindly plez give ur exact address of ur blog in my comment column. plez...if u not believing me, plez click ur name in my KiotuSite on right side of my blog.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home